BENGKULU: Timbalan Ketua Daerah Kaur di wilayah Bengkulu, mengalami kecederaan parah pada bahagian tangannya akibat terkena bunga api yang meletup ketika meraikan sambutan Tahun Baharu 2023, kelmarin.

Kejadian itu berlaku ketika Herlian Muchrim ingin membakar bunga api tersebut sebagai simbolik masuknya tahun baharu.

Bunga api itu tiba-tiba meletup sehingga mengenai tangan Herlian dan akibatnya, dia mengalami kecederaan parah.

Pejabat Ketua Daerah Kaur memaklumkan, Herlian kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

Kompas.com melaporkan, Herlian perlu menjalani pembedahan bagi membetulkan struktur tangannya yang dikatakan hampir putus akibat letupan bunga api berkenaan.

Jurucakap pejabat ketua daerah, M. Jarnawi berkata, keadaan Herlian stabil dan meminta semua masyarakat mendoakan kesejahteraan beliau.

“Kita doakan semoga pembedahan Herlian berjalan lancar dan cepat sembuh,” ujarnya.

The post Bunga api meletup, tangan timbalan ketua daerah hampir putus appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *