KOTA TINGGI: Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pelantikan beliau sebagai Menteri Pengajian Tinggi sebagai satu cabaran yang besar.

Katanya, sudah tentu ini merupakan cabaran besar buat dirinya bagi memastikan KPT kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai. 

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut bertekad akan mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat di Kota Tinggi, khususnya menjadikan kawasan Parlimen itu lebih maju dan sejahtera.

“Kepada seluruh rakyat di Parlimen Kota Tinggi dan negeri Johor khususnya, saya berjanji akan mengotakan janji saya kepada rakyat di Kota Tinggi. 

“Terima kasih kepada anda semua yang telah memberi kepercayaan dan  kemenangan kepada saya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), baru-baru ini. 

“Ikrar saya untuk memastikan Kota Tinggi akan lebih ke hadapan dengan segala potensi yang dimiliki serta mengusahakan segala peluang baharu yang akan menjadikan Kota Tinggi lebih maju dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada PRU15, Khaled memenangi kerusi Parlimen Kota Tinggi dengan majoriti 8,390 undi. – UTUSAN

The post Cabaran besar pastikan KPT kembali berfungsi – Khaled  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *