PUTRAJAYA: Jawatan hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak dicadangkan untuk ditambah kerana berlaku peningkatan kes di dua negara itu untuk diselesaikan dalam masa lebih singkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun proses pelantikan hakim itu perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita juga melihat tentang keperluan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN

 

The post Cadangan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi ditambah – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *