PETALING JAYA: Peledak berbisa dari Brazil, Herlison Caion menjadi sandaran utama Selangor FC untuk merobek gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia malam ini.

Penyerang berusia 32 tahun itu yang meledak lima gol dalam kempen Piala Malaysia musim ini akan mengetuai trio serangan bersama pemain sayap lincah Myanmar, Hein Htet Aung dan kapten ‘masa depan’ Red Giants, Mukhairi Ajmal Mahadi.

Pemain tengah Jordan, Baha’ Abdel-Rahman kembali mengisi kesebelasan utama Selangor untuk bergandingan dengan ketua pasukan, Brendan Gan dan Alex Agyarkwa.

Penjaga gol veteran, Khairulazhan Khalid akan cuba memastikan gawang Gergasi Merah tidak dibolosi dan dibantu empat pertahanan ampuh, Quentin Cheng, Richmond Ankrah, Shahrul Nazeem Zulpakar serta Fazly Mazlan. – UTUSAN ONLINE

The post Caion ketuai misi robek gawang JDT appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *