GEORGE TOWN: Parti Cinta Malaysia (PCM) mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) daripada parti itu bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera mungkin akan digantikan dengan calon lain.

Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai pertukaran calon bagi mewakili BN di kerusi berkenaan.

”Kita sudah adakan perbincangan, kemungkinan besar calon di kerusi Parlimen Bukit Bendera akan digantikan dengan calon lain.

”Kita telah melaksanakan tapisan-tapisan bagi calon sesuai dan calon yang bakal mewakili kita nanti adalah anak tempatan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, BN mengumumkan Razalif Mohd. Zain daripada PCM sebagai calon mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, sejak awal pagi ini timbul desas-desus mengenai kemungkinan pencalonan Razalif bagi mewakili BN di kerusi berkenaan dibatalkan serta diganti dengan calon lain.

Cheng Guan berkata, beliau akan mengumumkan calon baharu bagi kerusi berkenaan hari ini.

”Saya sendiri akan buat pengumuman menerusi kenyataan mengenai calon baharu nanti,” katanya. – UTUSAN

The post Calon BN Parlimen Bukit Bendera mungkin diganti nama lain appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *