PUCHONG: Suasana pasar malam di Taman Pinggiran Putra di sini gamat apabila dua rombongan parti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bertembung ketika sesi walkabout pada hari kelima kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Walaupun hujan, kedua-dua calon iaitu Datuk Seri Syed Ibrahim Kadir (BN) dan Chew Jyh Gang (PN) masih meneruskan sesi walkabout dan memperkenalkan diri sebagai calon kepada para peniaga selain mengedarkan risalah parti kepada pengundi di kawasan berkenaan. 

Kedua-dua calon itu juga dilihat sempat berbual santai sebelum mengambil peluang untuk merakam gambar bersama-sama. 

Parlimen Puchong bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara Syed Ibrahim, Jyh Gang, Yeo Bee Yin (Pakatan Harapan) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng. 

Pada PRU14 lalu, Gobind menang dengan majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (BN-MCA) yang mendapat 12,794 undi dan Mohamad Rosharizan (PAS) dengan 10,255 undi. – UTUSAN

The post Calon BN, PN bertemu di pasar malam appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *