SAUDARA PENGARANG,

RAMAI yang bercakap tentang masalah semasa yang dihadapi negara seperti rasuah, penyelewengan, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai mata wang.

Hal-hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu atau parti politik tetapi turut mengheret rakyat sehingga mereka dibelenggu beban yang sangat berat dalam meneruskan kehidupan. Selain itu, ia memberi impak negatif kepada negara.

Krisis politik negara mesti diselesaikan secepat mungkin supaya ekonomi kita boleh dipulihkan semula. Itu harapan rakyat kepada pemimpin-pemimpin negara.

Malangnya, kita selama ini hanya melihat pelbagai pihak bersuara dengan lantang menentang berlaku masalah-masalah berkenaan tetapi dalam masa sama tidak berani membuat aku janji bersumpah bagi memastikannya tidak menjadi kenyataan.

Tindakan ini secara tidak langsung menunjukkan golongan tersebut (yang lantang bersuara tetapi tidak berani membuat aku janji) sebenarnya hanya dipengaruhi sifat marah semata-mata.

Maka dengan itu, ia membuktikan bahawa politik serta demokrasi yang diperjuangkan hanyalah sekadar bermotifkan permainan atau sandiwara semata-mata.

Jadi, untuk memastikan negara terus ditadbir dengan baik, maka jalan terbaik ialah dengan kembali pada ajaran Islam. Sama-samalah duduk semeja mencari jalan dan matlamat demi kebaikan bersama.

Sekiranya kita kekal mencipta perpecahan dalam kalangan rakyat, maka laknat Allah SWT menanti untuk kita semua.

Apabila kerajaan ingin membuat yang terbaik untuk rakyat, tetapi dikatakan pula ia bersifat gula-gula. Salahkah bagi kerajaan mempertahankan kuasa manakala pembangkang dikira tidak bersalah dalam mengejar kuasa? Apakah itu sebaik-baik fahaman yang cuba disebarkan kepada rakyat.

Oleh itu, sekiranya calon-calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau Gerakan Tanah Air (GTA) menang dalam Pilihan Raya umum Ke-15 (PRU15) nanti, mereka dicabar meletak jawatan termasuk kerusi Perdana Menteri sekiranya berlaku juga rasuah, penyelewengan dan perbuatan jenayah. Beranikah buat aku janji sedemikian?-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

The post Calon Pejuang, GTA dicabar buat aku janji jika menang PRU15 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *