KUANTAN: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Md. Yunus Ramli, meninggal dunia awal pagi tadi.

Md Yunus, 61, dipercayai meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dilaporkan mengadu sakit dada dan dibawa ke Hospital Rompin oleh anaknya untuk menerima rawatan pukul 3 pagi.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. – UTUSAN

The post Calon PN meninggal dunia, PRN DUN Tioman ditangguh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *