PETALING JAYA: Selangor FC melakar kemenangan ketiga berturut-turut di bawah pimpinan Tan Cheng Hoe selepas menewaskan Sarawak United 1-0 dalam aksi Liga Super sebentar tadi.

Gol tunggal jaringan pemain import, Hein Htet Aung pada separuh masa kedua mengulangi kemenangan tipis ke atas Petaling Jaya City FC, Jumaat lalu.

Turun beraksi di Stadium Negeri sebentar tadi, Selangor yang meraih enam mata dari dua aksi terdahulu mempamerkan aksi menyakinkan dengan hantaran pendek yang kemas.

Pelawat memiliki beberapa peluang pada babak pertama menerusi Htet Aung namun bola gagal menerjah gawang gol untuk kedudukan tanpa jaringan sepanjang 45 minit pertama.

Usaha berterusan pelawat memburu gol terhasil menerusi Htet Aung pada minit ke-71 dan jaringan itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Tiga mata diraih Gergasi Merah Kuning memastikan mereka berada di tangga kelima dengan 29 mata hasil lapan kemenangan, lima seri dan lapan kekalahan.

Kedudukan kelima yang dihuni Selangor bersama Kuala Lumpur City akan berubah jika anak-anak didik Bojan Hodak menewaskan  Terengganu FC dalam aksi yang sedang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. – UTUSAN ONLINE

The post Cheng Hoe raih kemenangan hatrik bersama Selangor appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *