BEIJING: Beberapa bandar utama di China membatalkan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran yang diadakan setiap minggu.

Tindakan itu dibuat beberapa hari selepas Beijing mengumumkan kelonggaran peraturan Covid-19.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) pada Jumaat lalu mengeluarkan 20 peraturan untuk mengawal penularan virus maut itu dengan sejumlah daripadanya dilonggarkan untuk memulihkan semula ekonomi dan sosial negara ini.

China merekodkan lebih 20,000 jangkitan baharu hari ini, iaitu yang tertinggi sejak April lalu dengan kebanyakan kes berlaku di bandar Guangzhoud dan Chongqing.

Rutin ujian saringan Covid-19 dijadikan sebagai kaedah utama dalam mengesan penularan koronavirus dengan bandar seperti Beijing dan Shanghai meminta penduduknya menunjukkan keputusan ujian dalam tempoh 72 jam untuk memasuki tempat awam dan menggunakan pengangkutan awam.

Namun, langkah itu dibantah ramai penduduk yang menyifatkannya sebagai buang masa kerana perlu beratur panjang. – AFP

The post China mula longgarkan peraturan Covid-19 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *