PETALING JAYA: Guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh dijadual berkongsikan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang dikenakan terhadapnya, malam ini.

Menurut Mohd. Fadli, ketetapan yang diambil itu akan dimaklumkan melalui rakaman secara langsung atau live di media sosial beliau.

“Malam ni live. Saya umumkan keputusan Lembaga Tatatertib terhadap kes saya. Siap pengumuman macam nak raya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, petang ini.

Media sebelum ini melaporkan, keputusan Lembaga Tatatertib dipercayai akan disampaikan kepada Mohd. Fadli melalui ketua jabatan guru Matematik itu sendiri, hari ini.

Ia susulan Lembaga Tatatertib berkenaan bersidang semalam selepas menerima surat representasi yang dikemukakan guru Matematik itu pada 14 Oktober.

Sidang tersebut dibuat selepas Kementerian Pendidikan sebelum ini menyangkal dakwaan Mohd. Fadli sudah dijatuhi hukuman apabila beliau mendakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Dakwaan itu dipercayai dengan alasan Mohd. Fadli sering menegur berkaitan isu persekolahan terutamanya membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat. – UTUSAN

The post Cikgu Fadli kongsi keputusan tatatertib malam ini appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *