PETALING JAYA: Pertahanan skuad Harimau Malaya, Dion Cools sah akan beraksi dalam saingan Liga Thailand pada musim 2023 bersama Buriram United.

Gergasi Thailand itu menerusi media sosial rasminya mengumumkan Cools sebagai pemain baharu bagi memenuhi kuota pemain ASEAN di kelab berkenaan.

“Buriram United mencapai persetujuan untuk menandatangani Cools, bintang bola sepak kebangsaan Malaysia yang boleh bermain di sayap kanan, bek kanan dan bek tengah,” kata kelab berkenaan.

Sebelum ini, Cools beraksi bersama kelab Liga Republik Czech, FK Jablonec dan dia menampilkan prestasi baik bersama pasukan tersebut apabila sering diturunkan sebagai pemain utama.

Khabar angin Cools akan bermain di Thailand berlegar baru-baru ini apabila salah satu laman sukan di Thailand iaitu One Man Show memaparkan gambar Cools sambil meletakkan kapsyen ‘Selamat datang ke Thailand tidak lama lagi.-UTUSAN ONLINE

The post Cools sertai Buriram United appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *