DOHA: Jurulatih Costa Rica, Luis Fernando Suarez kini berusaha mencantumkan semula jiwa anak didiknya yang berkecai selepas diratah 7-0 oleh Sepanyol di Piala Dunia.

Fernando Suarez mengakui kesebelasan pasukannya meng­hadapi kesukaran semasa perlawanan pembukaan itu.

“Kami tidak dapat merampas bola dan melakukan serangan balas ke atas Sepanyol. Saya harus akui bahawa kita teruk serta perlu mengambil kira apa yang berlaku semasa perlawanan tersebut,” katanya kepada pemberita.

Costa Rica yang mara ke suku akhir Piala Dunia pada 2014 gagal mencatat satu cubaan serangan dan rembatan ke gawal gol Sepanyol dan kini menghadapi detik sukar berhadapan Jepun dan Jerman.

“Kami bimbang dengan pasukan yang ada di dalam kumpulan kami (Kumpulan E) kerana takut tidak ke peringkat seterusnya. Saya berharap kami dapat selesaikan masalah dihadapi dan mula bersiap menentang Jepun.

Costa Rica menghadapi detik sukar apabila serangan demi serangan dilakukan oleh pemain-pemain Sepanyol dan menjadikan penjaga gol mereka, Keylo Navas menghadapi detik hitam pada waktu itu.

Costa Rica akan berdepan Jepun dalam aksi kedua mereka, esok. – Agensi/UTUSAN

The post Costa Rica bina semula semangat appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *