DOHA: Costa Rica meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Jepun, 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E , Piala Dunia 2022 pada aksi di Stadium Ahmed bin Ali, sebentar tadi. 

Gol tunggal jaringan Keysher Fuller pada minit ke-81 sudah cukup buat pasukan untuk kembali membuka peluang merebut kelompok 16 terbaik selepas tewas 0-7 di tangan Sepanyol pada aksi pertama peringkat kumpulan, 24 November lalu.

Selepas buntu tanpa jaringan sepanjang 45 minit babak pertama, rembatan Fuller dari luar kotak penalti membeza keputusan perlawanan yang memihak kepada Costa Rica. -UTUSAN ONLINE.

The post Costa Rica tewaskan Jepun, 1-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *