PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,873 kes berbanding kelmarin, 1,210 kes sekali gus diatasi 1,515 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 699 kes diikuti Kuala Lumpur (412), Sabah (133) dan Perak (101).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Negeri Sembilan sebanyak 79 kes, Kedah (75), Sarawak (72), Johor (61), Pulau Pinang (60), Kelantan (49), Melaka (45), Pahang (29), Putrajaya (26) dan Terengganu sebanyak 25 kes.

Hanya satu lokasi mencatatkan satu kes iaitu Perlis, tujuh kes manakala Labuan, tiada kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 395 orang berbanding kelmarin, 307 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 43 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 12 kes berbanding jumlah kelmarin, 19 kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,426 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,748 kes. –UTUSAN

The post Covid-19: 1,873 kes positif appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *