PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,245 kes berbanding kelmarin, 3,436 kes sekali gus diatasi 4,208 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 36,988 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,943,701 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,272 kes sekali gus mengatasi Kuala Lumpur (421) diikuti Melaka (264), Sabah (204), Pulau Pinang (160), Sarawak (139), Kedah (125), Negeri Sembilan (123), Kelantan (107), dan Putrajaya (104), manakala bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak (93), Pahang (88), Johor (75), Terengganu (43), Perlis, (17) dan Labuan (10).

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 661 orang berbanding kelmarin, 657 orang, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula 87 kes dan mereka memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 63 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,537 kes, selain satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,773 kes. – UTUSAN

The post Covid-19: 3,245 kes positif; Lembah Klang terbanyak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *