PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 809 kes berbanding kelmarin, 867 kes sekali gus diatasi 1,552 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 26,094 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,011,443 kes.

Bagi kes positif baharu, Selangor sahaja yang menjadi negeri tertinggi dengan mencatatkan kes tiga angka iaitu 275 kes.

Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula iaitu Sarawak (71), Kedah (67), Kuala Lumpur (59), Pulau Pinang (55), Sabah (49), Perak (39), Melaka (36), Negeri Sembilan (35), Johor (30), Kelantan (26), Terengganu (19), Putrajaya (18), Pahang (16) dan Perlis (11), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 313 orang, 72 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan  49 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, Malaysia juga merekodkan enam kes kematian Covid-19 dengan dua daripadanya kematian dibawa ke hospital (BID), berbanding jumlah kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,769 kes. – UTUSAN

 

 

The post Covid-19: Kes kekal bawah 1,000, Selangor tertinggi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *