PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,136 kes berbanding kelmarin, 1,743 kes sekali gus mengatasi 1,695 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 22,886 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,887,675 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 673 kes diikuti Kuala Lumpur (591), Perak (159) dan Sabah (115). Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Kedah (93), Negeri Sembilan (82), Kelantan (70), Sarawak (63), Melaka (62), Pulau Pinang (56), Johor (52),  Pahang (42), Putrajaya (40) dan Terengganu (29).

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lima kes dan Labuan, empat kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 386 orang berbanding kelmarin, 410 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 48 kes berbanding jumlah kelmarin, 44 kes. Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 27 kes berbanding jumlah kelmarin, 23 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,458 kes. Tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,758 kes. – UTUSAN

The post Covid-19: Kes positif kembali melebihi 2,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *