PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,781 kes berbanding kelmarin, 2,521 kes sekali gus diatasi 2,979 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 30,404 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,933,753 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,515 kes sekali gus mengatasi Kuala Lumpur (561) diikuti Negeri Sembilan (228), Putrajaya, 226 kes, Melaka (212), Sabah (176), Perak (163), Kelantan (156), Kedah (145) dan Pulau Pinang (102).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Pahang (82), Sarawak (80), Johor (67) dan Terengganu (63), manakala dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, tiga kes dan Perlis, dua kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 577 orang berbanding kelmarin, 564 orang; kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 75 kes dan mereka memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 47 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,504 kes, dengan tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan. – UTUSAN

The post Covid-19: Kes positif kembali meningkat hampiri 4,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *