PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,521 kes berbanding kelmarin, 3,913 kes sekali gus diatasi 4,695 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 24,590 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,929,972 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 879 kes sekali gus mengatasi Kuala Lumpur (461) diikuti Negeri Sembilan (179), Sabah (178), Pulau Pinang (132), Kelantan (131), Kedah (118) dan Melaka (100).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak (88), Pahang (77), Johor (69), Terengganu (57) dan Sarawak (43), manakala dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lima kes dan Putrajaya, empat kes manakala Labuan, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 564 orang berbanding kelmarin, 504 orang; kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 73 kes dan mereka memerlukan alat bantuan pernafasan pula, 47 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,495 kes, manakala, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,767 kes. – UTUSAN

The post Covid-19: Kes positif turun bawah 3,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *