PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,267 kes berbanding kelmarin, 3,781 kes sekali gus diatasi 4,026 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 49,692 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,937,020 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,267 kes sekali gus mengatasi Kuala Lumpur (322) diikuti Perak (216), Melaka (185), Sabah (173), Kelantan (161), Kedah (157), Putrajaya (146), Pulau Pinang (145), Sarawak (132) dan Pahang (112).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Negeri Sembilan (99), Johor (68), Terengganu (55) dan Labuan (24), mankala anya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lima kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 610 orang berbanding kelmarin, 577 orang, kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 91 kes dan mereka memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 63 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 10 kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,514 kes, manakala, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,772 kes. – UTUSAN

The post Covid-19: Selangor catat 1,267 kes positif baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *