DOHA : Croatia bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan 4-1 mengatasi Kanada pada aksi Kumpulan F Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Ketinggalan seawal minit kedua hasil jaringan Alphonso Davies menerusi tandukan, Croatia yang sekadar seri tanpa jaringan pada aksi menentang Maghribi menyamakan kedudukan menerusi Andrej Kramaric pada minit ke-36.

Berselang lapan minit kemudian, giliran Croatia mendahului Kanada menerusi jaringan Marko Livaja yang menewaskan penjaga gawang Kanada, Milan Barjan buat kali kedua.

Kramaric terus membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol ketiga buat pasukan pada minit ke-70 sebelum pemain gantian Lovro Majer  memastikan tiga mata penuh buat Croatia dengan gol keempat pada masa kecederaan babak kedua. -AGENSI

 

 

The post Croatia bangkit tewaskan Kanada 4-1 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *