Pada 10 Januari 1973, Utusan Malaysia melaporkan lebih 350,000 kakitangan perkhidmatan awam dan perguruan di seluruh negara memberi tempoh dua minggu kepada kerajaan untuk mengambil sebarang langkah konkrit ke arah pembentukan segera Majlis Perundingan Kebangsaan.

Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili seluruh kakitangan kerajaan di negara ini memberi amaran tindakan perusahaan secara besar-besaran akan diambil jika kerajaan tidak mengambil sebarang langkah konkrit dalam tempoh tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik

10 Januari 1979 – Juara badminton remaja kebangsaan, Misbun Sidek telah menunjukkan permainan yang membanggakan dalam ujian penilaian yang diadakan bersama pelatih barisan Piala Thomas negara di Stadium Negara.
10 Januari 1982 – Penggunaan baja atau racun serangga yang berlebihan daripada had yang ditetapkan merupakan salah satu punca berlakunya wabak ikan berkudis di beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia.
10 Januari 1983 – Lima wanita mati terpijak dan sekurang-kurangnya 64 lagi cedera apabila orang ramai menyerbu untuk menyambut ketibaan
Perdana Menteri China, Zhao Ziyang di Lapangan Terbang Harare, Zimbabwe.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post CUEPACS beri tempoh dua minggu pada kerajaan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *