KUALA LUMPUR: Pendakwah selebriti dan penyanyi, Da’i Syed, 27, selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Hana Ismail, 36, dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai, di sini pukul 11.43 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan dengan disaksikan jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd. Nazri Yaacob.

Pada majlis itu, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin seutas gelang tangan.

Bagaimanapun jumlah hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan serba sederhana itu turut dihadiri pelakon, Datin Paduka Umie Aida dan Irma Hasmie.

Da’i Syed sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan Hana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Ismail yang juga seorang pengacara pada 16 November lepas.

The post Da’i Syed, Hana Ismail selamat diijab kabul appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *