WASHINGTON: Jaguh tinju Amerika Syarikat (AS), Gervonta Davis tampil dengan aksi luar biasa apabila berjaya mempertahankan gelaran WBA lightweight sejurus menumbangkan Hector Luis Garcia di Capital One Arena, Washington, AS, lewat malam kelmarin.

Petinju berusia 28 tahun tersebut yang menumbangkan Garcia pada pusingan kelapan terus melebarkan rekod tanpa kalah 28-0 dengan 26 keputusan knockouts (KO).

Tumbukan tangan kiri Davis pada pusingan kelapan jelas memberi kesan kepada Garcia sekali gus gagal meneruskan perlawanan 12 pusingan tersebut.

Garcia dikatakan mengalami masalah penglihatan akibat tumbukan tersebut dan tidak dapat meneruskan pusingan 9 sebelum tewas dengan keputusan technical knockout (TKO).

“Saya tahu dia (Garcia) cedera dan cedera teruk. Dia seorang pejuang, malah tidak mahu menunjukkan dalam perlawanan ini.

“Sebelum perlawanan bermula saya tahu untuk mengatasinya tetapi bukan dengan cara tersebut, di mana saya fikir dia akan kembali ke gelanggan semula,” kata Davis.

Sejurus kemenangan tersebut, Davis mendedahkan bahawa dia bersedia untuk berdepan Ryan Garcia pada April nanti.

“Saya sudah bersedia untuk bertarung dan perlawanan saya dengan Ryan yang akan bermula pada April. Saya harap dia bersedia,” kata Davis. – AGENSI

 

 

The post Davis tumbangkan Garcia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *