PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, beliau tidak cemburu dengan pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu ketika mempersoalkan kos pembinaan stadium tersebut yang dianggap tidak logik.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebelum ini menyifatkan kos RM700 juta bagi membina stadium  dengan kelengkapan berteknologi canggih terlalu murah.

Tunku Ismail dalam Instagram Story miliknya hari ini membandingkan kos pembinaan Singapore Sports Hub yang menelan RM4.2 bilion pada 2014 dan berkeluasan 35 hektar.

Beliau juga menjelaskan, kos penyelenggaran Singapore Sports Hub amat tinggi iaitu RM219 juta setahun.

https://instagram.com/stories/hrhcrownprinceofjohor/3027761822190426166?utm_source=ig_story_item_share&igshid=MDJmNzVkMjY=

“Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan penyelenggaraan setinggi itu, bagaimana stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah.

“Ini adalah kos Singapore Sports Hub untuk saiz 35 hektar, bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar. Kalau SNBJ (Stadium Nasional, Bukit Jalil) pun kerajaan ‘negara’ terkial-kial nak menyelenggara, apatah lagi kerajaan negeri.

“Dengan nama Allah saya tak cemburu. Saya hanya musykil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan,” tulisnya.

Sebelum ini, Tunku Ismail menganggap kos lebih RM700 juta untuk pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu tidak logik dan menyifatkan projek itu sepatutnya menelan  sekurang-kurangnya RM2 bilion. – UTUSAN ONLINE

The post “Dengan nama Allah saya tak cemburu” appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *