KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengkalan Chepa, Dr. Mohd. Hafiezulniezam Mohd. Hasdin tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini untuk membuat laporan berkait fitnah yang tular di media sosial mempertikai status kelayakan akademiknya sebagai pegawai perubatan.

Dr. Mohd Hafiezulniezam hadir membuat laporan pada pukul 4.07 petang bersama peguam dan jentera BN yang bertujuan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku.

Menurutnya, fitnah tersebut secara tidak langsung menjejaskan nama baiknya sebagai calon BN di Parlimen Pengkalan Chepa.

“Saya mengetahui perkara itu menerusi seorang kenalan dan memberitahu berkait fitnah tentang kelayakan akademik yang telah tular dalam sosial Facebook dan Twitter untuk mencemarkan nama baik semasa berada di Bilik Gerakan BN di Kampung Panchor, Kemumin, di sini pukul 12 tengah malam tadi.

“Berikutan itu saya terpaksa membuat laporan bertujuan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang yang sudah dikenal pasti identitinya,” katanya ketika ditemui di IPD di sini sini hari ini.

Dr. Mohd. Hafiezulniezam memberitahu, sebelum ini beliau mengikuti pengajian dalam bidang pengajian doktor di Indonesia bermula 2004 hingga 2009 sebelum kembali ke tanah air pada 2010.

Katanya, dalam laporan itu semua bukti sijil pengajian sudah dikemukakan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sebelum itu, tular satu hantaran di laman sosial yang mempertikai kelayakan akademik calon BN Pengkalan Chepa itu yang menyebut ‘dia tak habis pun dekat Uni Gadjah Mada dulu’ dan ‘tak layak pun guna gelaran ‘Dr’ dekat depan tu sbb kau bukan Dr pun’. – UTUSAN

The post Difitnah, calon BN Parlimen Pengkalan Chepa ambil tindakan undang-undang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *