LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan penyerang mereka, Diogo Jota terpaksa melupakan Piala Dunia 2022 akibat kecederaan betis.

Jota, 25, yang dijangka menjadi tonggak penting Portugal sepanjang kempen di Qatar ditimpa kecederaan pada minit terakhir ketika Liverpool menumpaskan Manchester City 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

“Very sad news.”

Jurgen Klopp confirms Diogo Jota has been ruled out of the World Cup due to injury pic.twitter.com/7bliYhPHjt

— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 18, 2022

“Tiada berita baik mengenai Diogo, ya dia akan terlepas Piala Dunia.

“Kecederaan betisnya agak serius dan ia berita buruk buat Diogo, kami dan Portugal,” kata Klopp dalam sidang akhbar menjelang pertemuan dengan West Ham di Anfield pada awal pagi Khamis ini.

Ia pasti berita paling buruk buat Reds yang sudahpun kehilangan khidmat penyerang Colombia, Luis Diaz akibat kecederaan. – AGENSI

The post Diogo Jota terpaksa lupakan Piala Dunia 2022 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *