MELBOURNE: Novak Djokovic berjaya menewaskan Stefanos Tsitsipas sekali gus merangkul kejuaraan ke-10 Terbuka Australia, sebentar tadi.

Dalam aksi di Melbourne Park, bintang Serbia itu melakar kemenangan 6-3 7-6(4) 7-6(5), malah kejayaan itu menyaksikan Djokovic kembali bergelar pemain No.1 dunia buat kali pertama sejak Jun tahun lalu.

Kemenangan itu, membolehkan dia menyamai rekod kejuaraan Grand Slam ke-22 dan memadam episod pahit pemain berusia 35 tahun itu edisi lalu, apabila tidak dibenarkan beraksi susulan enggan mengambil vaksin Covid-19.

Djokovic kini menyertai Rafael Nadal dengan 22 kejuaraan Grand Slam.-AGENSI

The post Djokovic juara Terbuka Australia, kembali jadi No.1 dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *