LILLE: Pasukan keselamatan menemukan satu mayat di bawah runtuhan dua bangunan di pekan Lille, utara Perancis pagi ini.

Mayat itu dipercayai seorang doktor yang dilaporkan terperangkap dalam runtuhan tersebut selepas telefonnya tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya.

Dua bangunan yang bersambung itu runtuh dalam satu insiden pada pukul 9.15 pagi waktu tempatan.

Mayat itu ditemukan kira-kira pukul 1.30 petang selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Pasukan keselamatan kemudiannya menyerahkan mayat tersebut kepada unit forensik untuk melakukan bedah siasat dan mengenal pasti identiti.

Punca runtuhan dua bangunan yang merupakan unit rumah itu masih belum diketahui dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh letupan daripada kebocoran gas. – AFP

The post Doktor dipercayai maut dalam runtuhan dua rumah di utara Perancis appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *