KUALA LUPUR : Dr. Nur Amalina Che Bakri selamat melahirkan puteri sulungnya, Arabella Mia pada minggu lalu.

Pakar bedah itu yang yang kini bertugas di London berkongsi wajah anaknya di Instagram sekali gus mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas berita gembira itu.

Menurut Dr. Amalina, beliau dan suami, Alexander Charles menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata mereka itu.

Jelasnya, Arabella dilahirkan di Hospital St. Thomas.

“Kami menyayanginya dan menghargai setiap saat bersamanya. Kami teruja dengan apa akan berlaku di masa depan. Alhamdulillah,” kongsinya.

Dr. Amalina dan suami berkahwin pada 31 Mac 2021 di London, United Kingdom (UK) dan turut berkongsi pengumuman tentang dirinya berbadan dua pada 4 Jun tahun sama. – UTUSAN

The post Dr. Amalina selamat melahirkan puteri sulung appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *