Pada 16 Januari 1982, Utusan Malaysia melaporkan teguran Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap anak muda Islam kerana lebih sukakan kerja ringan di pejabat dan kilang-kilang daripada bekerja dalam keadaan tidak selesa dan berat.

Perdana Menteri mengambil contoh bidang pembinaan bangunan yang tidak menimbulkan minat anak-anak muda Islam untuk bekerja di bidang itu.

“Sikap seperti ini mengekalkan kita sebagai umat yang bergantung kepada kecekapan orang lain”, katanya semasa berucap pada upacara peletakan batu asas ibu pejabat Lembaga Urusan dan Tabung Haji di Jalan Pekeliling.

Antara peristiwa lain yang menarik

16 Januari 1972 – Tiga anggota Pasukan Pertama Renjer Malaysia, Sarjan Mileng Kilong, Koperal Dajai Anggie dan Renjer Unggek Antin dianugerahkan Darjah Perkasa Panglima Gagah Berani atas keberanian mereka melawan musuh.
16 Januari 1973Masjid dan surau di negeri Perak akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan kelas taman didikan kanak-kanak oleh Jabatan Agama Islam Perak tahun ini.
16 Januari 1975 – Seramai 2,484 orang posmen di seluruh Semenanjung Malaysia akan melancarkan piket di pejabat masing-masing bermula 22 Januari ini kerana membantah sikap Jabatan Perkhidmatan Awam yang melambat-lambatkan rundingan dengan pihak kesatuan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Dr. Mahathir tegur sikap anak muda appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *