TENNESSEE: Dua beradik berusia dua tahun dan lima bulan maut selepas diserang dua ekor anjing peliharaan jenis Pit bull di kediaman mereka di daerah Shelby, Tennessee.

Kanak-kanak malang itu, Hollace Dean Bennard, lima bulan dan Lilly Jane Bennard, 2, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diserang oleh dua ekor anjing peliharaan mereka yang dipanggil Cheech dan Mia.

Dalam kejadian tragis Rabu lalu, ibu mereka, Kirstie Jane Bennard, 30, turut cedera parah ketika cuba menyelamatkan dua anaknya itu.

Menurut ahli keluarga mangsa, Bennard kini masih masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan kritikal dengan beberapa jahitan selain kesan gigitan di seluruh badan, muka dan tangannya.

Kelsey Canfield, kawan baik Bennard, memberitahu saluran Fox News, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan kerana anjing-anjing itu tidak pernah bertindak ganas atau mencederakan sesiapa sebelum ini.

“Jika Bennard tahu tentang kelakuan ganas anjing itu pastinya dia tidak akan membenarkan haiwan itu berada berhampiran anak-anaknya.

“Dua anak perempuan itu adalah segala-galanya bagi Bennard dan mereka sepatutnya mempunyai peluang perjalanan hidup yang masih panjang,”katanya.

Suami mangsa, yang dikenali sebagai Colby tidak berada di rumah ketika kejadian dan enggan memberi sebarang komen berhubung kejadian malang yang menimpa keluarganya itu.

Kedua-dua anjing berkenaan kini berada di bawah jagaan pusat kawalan haiwan.

The post Dua beradik maut digigit anjing Pit bull milik keluarga appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *