JAKARTA: Polis melaporkan dua pekerja maut dalam pergaduhan di kemudahan peleburan nikel yang dikendalikan oleh unit Industri Nikel Jiangsu Delong China di pulau Sulawesi, Indonesia, kelmarin.

Menurut jurucakap polis Sulawesi Tengah, Didik Supranoto, pergaduhan itu melibatkan seorang pekerja warga Indonesia dan China.

Kata Didik, pihaknya turut menahan 71 pekerja dan pergaduhan dikatakan tercetus berikutan bantahan yang dibuat oleh kumpulan buruh di peleburan PT Gunbuster Nickel Industry (GNI).

Media tempatan melaporkan penunjuk perasaan turut diadakan bagi menuntut keselamatan dan bayaran upah yang lebih baik.

Dalam kejadian itu, beberapa kenderaan syarikat dibakar dan kira-kira 100 bilik asrama pekerja rosak.

Operasi kilang berkenaan kini digantung, tambah Didik dan dia tidak menyatakan bila mereka akan bersambung semula.

GNI dalam satu kenyataan berkata, syarikat dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Syarikat itu, bersama-sama pegawai penguatkuasa undang-undang, telah segera melancarkan siasatan mendalam dan menyeluruh ke atas insiden yang telah menyebabkan kemudaratan kepada semua pihak, baik kerugian material dan bukan material, malah kematian,” katanya.

GNI memulakan operasi peleburan pada akhir 2021 dengan kapasiti tahunan sebanyak 1.8 juta tan dan jumlah pelaburan dianggarkan AS$2.7 bilion.-REUTERS

The post Dua maut dalam pergaduhan di kilang nikel appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *