PATTANI: Dua stesen minyak di Pattani di selatan Thailand musnah dalam insiden letupan yang berlaku petang kelmarin.

Pihak berkuasa negara ini percaya letupan itu dilancarkan oleh kumpulan pemisah sebagai balas dendam terhadap tindakan polis yang menembak mati seorang daripada ahli mereka pada 7 November lalu.

Sebelum ditembak mati, polis mengeluarkan tujuh waran untuk menahannya yang didakwa menjadi dalang meletupkan sebuah stesen minyak di wilayah ini.

Pada pukul 8.30 malam waktu tempatan, polis di Balai Mueang Pattani menerima laporan letupan di sebuah stesen minyak berhampiran terminal bas.

Sehubungan itu, pasukan pemusnah bom dan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran, selain meningkatkan kawalan keselamatan berikutan bimbang berlaku lebih banyak letupan.

Pasukan bomba mengambil masa selama 20 minit untuk memadam kebakaran yang berlaku.

Seorang petugas di stesen minyak itu memberitahu, terdapat dua suspek menaiki motosikal dan melepaskan tembakan 10 das tembakan ke udara ketika kejadian berlaku.

Selepas itu, seorang daripada suspek mengeluarkan sebutir bom dan meletakkannya di nozel dan meletup serta-merta.

Letupan kuat itu memusnahkan premis tersebut, selain kedai serbaneka berhampiran dan kedai kopi turut mengalami kerosakan.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kira-kira 30 orang berada di stesen minyak itu ketika letupan berlaku, namun tiada laporan kecederaan dan kematian berlaku.

Sementara itu, satu lagi letupan dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran dan dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama.

The post Dua stesen minyak berkecai dibom di Pattani appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *