KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan antara yang mendahului dalam saingan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mana masing-masing meraih 13 serta 12 undi setakat 7.40 malam.

Turut memperoleh 12 undi adalah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang bertanding buat kali pertama dalam pemilihan UMNO meraih 11 undi yang melayakkannya berada di hadapan bagi perebutan jawatan MKT.

Antara nama yang popular turut memperoleh tempat di hadapan perebutan tersebut adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Datuk Seri Shaniza Shamsuddin melayakkan dirinya sebagai calon wanita tunggal di dalam senarai bakal 25 MKT daripada 95 yang bertanding.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 160,000 perwakilan UMNO seluruh negara akan menentukan tiga Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang akan dipilih untuk sesi 2023/2026 dengan lapan calon bertanding merebut jawatan tersebut. – UTUSAN

The post Dua Timbalan Menteri dahului MKT appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *