DOHA: Enner Valencia muncul wira Ecuador apabila meledak gol penyamaan untuk mengikat Belanda 1-1 dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali sebentar tadi.

Keputusan berkenaan menyaksikan tuan rumah, Qatar yang tewas dua perlawanan berturut-turut menjadi pasukan pertama gagal ke pusingan kalah mati.

Dalam aksi sebentar tadi, Belanda mendahului permainan menerusi Cody Gakpo yang menyudahkan hantaran Davy Klaassen pada minit keenam.

Ecuador bangkit pada separuh masa kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi Valencia pada minit ke-49.

Valencia kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol namun, pemain itu berdepan kecederaan lutut yang memaksa dia dibawa keluar pada penghujung permainan.

Dengan keputusan itu, Belanda dan Ecuador kini mendahului Kumpulan A dengan empat mata, diikuti Senegal tiga mata dan Qatar tanpa sebarang mata. – AGENSI

The post Ecuador ikat Belanda 1-1 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *