PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan. 

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, pelantikan pelakon Dendam Aurora itu berkuat kuasa pada 12 Oktober lalu. 

Ia juga telah dipersetujui oleh kesemua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPN) Wilayah Persekutuan. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Eizlan dan pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri hadir ke mesyuarat penubuhan Gagasan Bangsa (komponen bukan parti politik) yang bergabung dengan Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Bagaimanapun, pelakon Aku Tanpa Cintamu itu berkata, kehadirannya dalam mesyuarat itu bukannya gambaran beliau akan menjadi calon mewakili mana-mana parti pada PRU15. 

Sebaliknya, beliau menerima jemputan mendengar pandangan pemimpin pakatan baharu itu mengenai survival politik orang Melayu. 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan. – UTUSAN

The post Eizlan Yusof dilantik Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *