PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 14.2 peratus pada suku ketiga (S3) 2022 berbanding 8.9 peratus suku sebelumnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan berkata, walaupun terdapat kesan asas daripada pertumbuhan negatif pada suku ketiga 2021, pertumbuhan juga didorong oleh permintaan dalam negara yang kukuh, disokong oleh keadaan pasaran pekerja dan pendapatan yang bertambah baik serta sokongan dasar yang berterusan.

Jelasnya, eksport terus disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E).

Malah katanya, pemulihan pelancongan ke dalam negara memberikan sokongan tambahan kepada kegiatan ekonomi.

“Mengikut sektor, pertumbuhan terus didorong oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan. Pada asas suku tahun ke suku tahun terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.9 peratus (S2 2022: 3.5 peratus). Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 9.3 peratus pada tiga suku pertama 2022,” katanya. – UTUSAN

The post Ekonomi tumbuh lebih kukuh 14.2 peratus pada S3 2022 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *