SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan esok. Sudah pasti calon-calon akan terus berkempen sehingga saat-saat akhir.

Pun begitu, calon dan jentera diingatkan agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Janganlah lakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan gangguan elektrik serta renjatan. Perkara sama juga perlu dilakukan oleh orang awam agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri.

Sekiranya gagal mematuhi peraturan bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda dan mengancam nyawa tetapi boleh menghalang warga kerja TNB untuk mendapat akses penyelenggaran bagi memulihkan bekalan elektrik.

Saya difahamkan negara mencatatkan 85 prorata setahun, jadi jangan pandai-pandai membuat sambungan elektrik jika tidak mempunyai kepakaran dalam hal ini.

Sekiranya anda memerlukan kerja-kerja sambungan elektrik, sila ikuti beberapa nasihat ini:

• Dapatkan kontraktor elektrik yang berdaftar untuk membuat kerja-kerja tersebut. Kontraktor akan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa elektrik. Ini akan memastikan pemasangan anda tidak berlebihan atau mempunyai sebarang sambungan yang salah oleh kerana faktor-faktor ini sering menyebabkan kemalangan elektrik.

• Jangan membuat kerja-kerja sambungan elektrik tanpa kebenaran atau kerja-kerja kawat elektrik.

• Jangan bermain layang-layang berhampiran kawat elektrik, memanjat tiang elektrik atau mengutip alat pesawat yang jatuh.

• Tutup pesawat semasa menggantikan mentol lampu.

• Ambil tindakan serta-merta untuk membaiki pemasangan atau bahagian-bahagian yang rosak.

Peraturan-peraturan mudah di atas dapat menyelamatkan nyawa anda dan keluarga. Jadi, untuk mengelakkan perkara tidak diingini, maka beri kerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan.

Sejak beberapa tahun lalu, ternyata kemalangan elektrik menunjukkan peningkatan dalam kes maut.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Seremb

The post Elak bekalan elektrik terputus semasa PRU15 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *