MILAN: Pemain bola sepak Sepanyol, Pablo Mari dan lima lagi individu cedera ditikam dalam satu insiden di sebuah pusat beli-belah di bandar Assago, luar Milan.

Seorang suspek berusia 46 tahun sudah ditahan susulan insiden itu, namun polis belum mengenal pasti motif serangan.

Polis memaklumkan, seorang maut dalam kejadian tersebut, melibatkan rakyat Bolivia berusia 47 tahun yang bekerja di pasar raya berkenaan.

Menurut ejen Mari, pemain bola sepak tidak cedera parah dan keadaannya stabil.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Kelab Monza, Adrinao Galliani memberitahu, Pablo mengalami luka tikaman di bahagian belakangnya, namun tidak menjejaskan bahagian tubuh yang penting.

Pemain bola sepak berusia 29 tahun itu dipinjamkan ke kelab Serie A Monza daripada kelab Arsenal. – REUTERS

The post Empat cedera termasuk pemain Arsenal dalam insiden tikaman di Milan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *