SINGAPURA: Empat daripada tujuh lelaki yang terlibat dalam kes suami berkongsi isteri dan bersubahat dengan lelaki lain untuk membius serta merogol pasangan mereka, dihukum penjara antara 13 tahun setengah dan 22 tahun.

Kesemua mereka masing-masing turut diperintahkan dikenakan 20 sebatan, kecuali seorang tertuduh yang berumur 50 tahun ke atas.

Hakim Pang Khang Chau, sebelum menjatuhkan hukuman kterhadap empat lelaki itu berkata, ini adalah satu daripada kes serangan seksual yang paling mengejutkan dan kejam untuk dibawa ke mahkamah.

Tiga daripada lelaki itu, yang masing-masing berusia 45 tahun dan seorang 53 tahun, didakwa membantu lelaki lain mendapatkan akses kepada pasangan masing-masing dan kemudian melihat mereka merogol, atau cuba merogol, wanita yang tidak sedarkan diri.

Ketiga-tiga lelaki itu bersama tertuduh keempat yang berusia, 37, masing-masing bersubahat dengan seorang lagi yang berumur, 41, untuk merogol isterinya.

Beberapa daripada lelaki terbabit bertemu di forum dalam talian SammyBoy dan medium sosial lain bagi mencari individu ingin bertukar pasangan seksual dan berkongsi isteri mereka serta memperkenalkan lelaki lain kepada satu sama lain.

Dalam perbualan berkumpulan dan peribadi, mereka membincangkan fantasi berkongsi isteri di mana suami akan melihat lelaki lain melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Mereka juga bertukar-tukar butiran kehidupan seks mereka dan berkongsi gambar atau video lucah atau pasangan mereka dengan satu sama lain.

Selain berpakat untuk merogol isteri masing-masing, dua tertuduh juga secara rahsia menyiarkan secara langsung tindakan melakukan hubungan seks dengan isteri kepada orang lain.

Jenayah itu terbongkar selepas mangsa menemukan imej lucah dirinya pada telefon bimbit suaminya pada 1 Januari 2020.

Rabu lalu, seorang tertuduh dihukum penjara 22 tahun dan 20 sebatan manakala seorang pengurus pembangunan perniagaan, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun setengah dan seorang pengarah syarikat, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan.

Seorang pekerja penghantaran makanan, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan.

Rakan jenayah terakhir mereka mencabar pendakwaan tuduhan terhadapnya atas tuduhan merogol isteri salah seorang tertuduh. – AGENSI

The post Empat lelaki saling berkongsi isteri tanpa pengetahuan mangsa dihukum penjara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *