KUALA LUMPUR: Enam calon ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO meraih undi yang sama dengan tujuh undi setakat pukul 6 petang ini.

Mereka ialah Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin.

Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang buat kali pertama bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini juga mendapat tempat dalam senarai MKT kali ini, dijangka isu populariti menjadi faktor beliau dipilih perwakilan kali ini.

Antara calon MKT lain yang turut berada dalam senarai 25 orang adalah Datuk Lokman Noor Adam, Datuk Mohd. Puad Zarkashi, Datuk Seri Sharkar Shamsudin dan Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii. – UTUSAN

The post Enam calon MKT raih undi sama  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *