LONDON: Penantian 56 tahun England untuk mendakap Piala Dunia akan berpanjangan jika ramalan sebuah komputer ­super menjadi ke­nyataan.

Ramalan awal komputer super milik syarikat perjudian atas talian terkenal, Lord Ping itu memilih skuad bimbingan Gareth Southgate akan menjuarai Kumpulan B mengatasi Amerika Syarikat, Iran dan Wales.

Juara 1966 tersebut dijangka mengalahkan juara Afrika, ­Senegal pada ­pusingan kedua.

Bagaimanapun Three ­Lions dijangka kandas kepada juara bertahan, Perancis di suku ­akhir.

Perancis yang membariskan Kylian Mbappe, Raphael Va­rane dan Karim Benzema diramal menumpaskan Jerman pula pada separuh akhir.

RAMALAN Piala Dunia 2022 yang dilakukan oleh komputer super Lord Ping.

Komputer Super juga memilih Jerman menundukkan skuad yang diketuai Cristiano Ronaldo, Portugal di suku akhir.

Dalam satu lagi separuh ­akhir, dua gergasi Amerika Selatan, Brazil dan Argentina diramal berentap sesama sendiri.

Brazil yang diketuai oleh penye­rang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar diramal akan me­numpaskan juara Copa ­America, Argentina yang ­dipimpin rakan sekelabnya, Lionel Messi.

Dalam perlawanan akhir, ­Bra­zil menjadi pilihan untuk menjulang kejuaraan keenam dengan menumpaskan Perancis.

BRAZIL yang diketuai Neymar menjadi pilihan untuk muncul juara.

Argentina pula dipilih untuk mengalahkan Jerman bagi menduduki tangga ketiga.

Bagaimanapun itu semua hanya ramalan komputer super yang tidak semestinya tepat.

Semalam, England selamat tiba di Qatar selepas menerima restu dan pelepasan diraja oleh Putera William. – AGENSI

The post England akan tersingkir di suku akhir? appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *