MADRID: Luis Enrique me­negaskan, skuad yang dibawa ke Piala Dunia memiliki pe­ngalaman yang cukup, sekali gus mempertahankan keputusan menggugurkan Thiago ­Alcantara, Sergio Ramos serta David de Gea.

Biarpun Ramos tidak pernah dipanggil sejak 2021, namun pemain paling banyak membuat penampilan itu menonjol bersama Paris Saint-Germain musim ini setelah ­sering dibelenggu kecederaan tahun lalu.

Thiago juga kerap dihimpit kecederaan, namun dia memainkan watak penting di ­Liverpool sebaik sahaja kembali pulih.

Enrique sebaliknya memberi kepercayaan kepada dua pemain remaja Barcelona, Gavi, 18, dan Pedri, 19, untuk mengisi bahagian tengah.

THIAGO Alcantara dan Sergio Ramos tidak dibawa ke Piala Dunia kali ini.

Penjaga gol Manchester ­United, De Gea seperti dijangka diketepikan, begitu juga penjaga gawang Chelsea, Kepa ­Arrizabalaga.

“Saya tahu mereka semua layak berada di sini tetapi hanya 26 pemain boleh disenaraikan.

“Jika ini Piala Dunia normal seperti sebelum ini, sudah pasti saya akan menitik beratkan keperluan fizikal dalam latihan, tetapi pemain sudah mengharungi separuh musim (dalam liga), jadi tidak akan memberi penekanan terhadap fizikal.

“Saya berterima kasih kepada semua yang telah membantu kami melayakkan diri tapi tumpuan kini hanya kepada mereka yang berada dalam pa­sukan.

“Kami ada ramai pemain muda dan veteran, ia kombinasi yang baik,” katanya. – AGENSI

The post Enrique pertahan keputusan gugurkan Thiago, Ramos, De Gea appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *