AL RAYYAN: Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique yakin pemainnya boleh mengatasi Maghribi pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia esok tetapi turut bersedia berdepan situasi penentuan sepakan penalti jika perlu.

Maghribi mengatasi Croatia dan Belgium untuk muncul juara Kumpulan F, manakala Sepanyol menutup saingan Kumpulan E selaku naib juara.

Pada Kejohanan Eropah (Euro) tahun lalu, Sepanyol terlibat dalam dua penentuan penalti, menewaskan Switzerland pada suku akhir sebelum disingkirkan oleh juara, Itali pada separuh akhir.

“Lebih setahun yang lalu, di kebanyakan kem kebangsaan kami memberitahu pemain, ‘anda mempunyai kerja rumah menjelang Piala Dunia. Anda mesti mengambil sekurang-kurangnya 1,000 penalti bersama kelab’.

@LUISENRIQUE21: “Nos encontramos ante una gran oportunidad”.

Escucha las palabras del seleccionador nacional en la rueda de prensa oficial previa al duelo de la @SEFutbol ante Marruecos en la @fifaworldcup_es.

https://t.co/Hph0flY8FC #VamosEspaña | #Catar2022 pic.twitter.com/l7Tcokh0g2

— Selección Española de Fútbol (@SEFutbol) December 5, 2022

“Anda tidak boleh melatih mereka hanya bika mereka bersama pasukan kebangsaan.

“Saya tidak fikir ia (penalti) adalah loteri (nasib). Jika anda sering berlatih, maka cara anda mengambil penalti bertambah baik. Jelas sekali, anda tidak boleh melatih tekanan tetapi anda boleh mengatasinya.

“Ia tidak bergantung kepada nasib, penjaga gol adalah kunci dalam penentuan sepakan penalti. Ketiga-tiga penjaga kami bagus dalam situasi ini,” katanya yang memberi B+ untuk persembahan pasukannya di peringkat kumpulan. – AGENSI

The post Enrique suruh pemain ambil 1,000 sepakan penalti appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *