KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya segera menghentikan budaya dan fahaman ‘masuk politik untuk kaya’.

Tegas Perdana Menteri, perkara itu tidak boleh dijadikan satu prinsip kerana salah satu sumber kekayaan adalah daripada perniagaan.

“Saya beri beberapa peraturan (kepada Kabinet), kalau mahu kuat (kestabilan) dan dapat sokongan rakyat, pemimpin kena tolak rasuah.

“Kalau nak kaya, kena berniaga dan jadi ahli perniagaan. Kalau nak jadi menteri dan jadi kaya, mereka kena keluar (dari politik).

“Sebab kalau orang masuk politik dan nak jadi kaya, negara akan rosak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini. – UTUSAN

 

The post Fahaman ‘masuk politik untuk kaya’ perlu dihentikan – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *