BHUBANESWAR: Ketajaman penyerang prolifik Malaysia, Faizal Saari sekali lagi menjadi sandaran menjelang aksi getir menentang Sepanyol pada peringkat cross­over hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga hari ini.

Faizal gagal mencetak nama selaku penjaring dalam dua aksi pertama Kumpulan C ketika tewas 0-4 kepada Belanda dan menang 3-2 ke atas Chile.

Mesin gol skuad negara itu bangkit menunjukkan taring apabila dua jaringannya memboleh­kan Speedy Tigers menewaskan New Zealand 3-2 pada aksi ter­akhir, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Faizal meng­ambil pendekatan merendah diri dan tidak kisah siapa pun yang menjaringkan gol kerana fokus utama adalah kemenangan pasukan dalam misi layak ke suku akhir.

“Saya boleh buat semua apabila persembahan saya bagus di atas padang. Saya akui dua gol ini meningkatkan keyakinan diri.

“Walaupun saya tak jaringkan gol tetapi dapat bantu cari pc (pukulan sudut penalti), buat reverse press atau cipta gerakan jaringan pun saya dah puas hati.

“Kalau saya dapat jaringkan gol lagi, ia satu bonus buat diri saya dan juga pasukan,” katanya.

Jika berjaya menewaskan Sepanyol, lawan skuad negara di suku akhir Selasa ini adalah pasukan No. 1 dunia, Australia.

The post Faizal kembali jadi ‘mesin gol’ appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *