PERDEBATAN mengenai sesebuah naskhah dikategorikan sebagai filem Krismas atau sempena Hari Natal menjadi perbualan hangat sejak dulu lagi. 

Adakah filem tersebut meletakkan syarat mesti ditayangkan semasa Krismas yang sinonim dengan musim cuti sekolah atau naskhah yang wajib menceritakan tentang apa yang berlaku semasa Krismas?

Apapun, definisi sebenar terletak pada pandangan penonton yang menyaksikan judul filem baharu dilancarkan pada setiap bulan Disember.

Berikut disenaraikan lima filem Krismas terbaik sepanjang zaman yang pernah memecah rekod pecah panggung: 

1.Gremlins (1984) 

Sebuah filem seram komedi gelap Amerika Syarikat pada 1984 yang diarahkan oleh Joe Dante. 

Filem ini mengisahkan tentang legenda makhluk nakal yang aneh (Gremlins) menjadi haiwan peliharaan seorang lelaki muda. 

Makhluk itu kemudian melahirkan makhluk lain yang berubah menjadi raksasa kecil, agresif serta menyebabkan malapetaka di seluruh banda pada sambutan malam Krismas.   

2.Elf (2003)

Filem komedi yang diarahkan oleh Jon Favreau ini dibintangi oleh Will Ferrell sebagai Buddy yang dibesarkan oleh Santa dari alam bunian. 

Santa itu mengetahui asal usulnya dan Buddy berusaha menuju ke bandar New York untuk bertemu bapa kandungnya. 

Filem ini menjadi fenomena selepas mencatatkan jualan tiket memberangsangkan sehingga pecah panggung pada 2003. 

3.Bad Santa (2003) 

Filem komedi gelap ini menceritakan tentang seorang pencuri profesional bersama pembantu kerdilnya. 

Willie bekerja di kedai serbaneka Santa Claus dan Marcus pula sebagai bunian yang merompak pusat beli-belah pada waktu malam. 

4. Home Alone (1990) 

Filem yang diarahkan oleh Chris Columbus sejak 1990 ini dibintangi oleh Macaulay Culkin yang memegang watak sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal bersendirian di rumah. 

Kebetulan kesemua ahli keluarganya bercuti ke Paris sehingga menyebabkan kanak-kanak itu tercicir dalam percutian. 

Filem yang terkenal di seluruh dunia ini menunjukkan bagaimana kanak-kanak tersebut menjaga kediaman keluarga di Chicago daripada diceroboh perompak dengan pelbagai aksi melucukan.  

 5. A Christmas Story (1983) 

Sebuah filem komedi Krismas 1983 yang diarahkan oleh Bob Clark dan berdasarkan anekdot separa fiksyen Jean Shepherd dalam bukunya In God We Pay Trust: All Others Pay Cash 1966

Filem klasik dari Amerika Utara ini pernah ditayangkan selama 12 hari tayangan berturut-turut dari malam Krismas sehingga disenaraikan antara filem Krismas terbaik.

The post Filem Krimas terbaik sepanjang zaman appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *