JOHOR BAHRU: Lebih 2,000 warga bandar raya menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor FC di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam ini.

Orang ramai mula membanjiri padang dataran seawal pukul 7 malam dan mula memenuhi kawasan padang sebaik sahaja perlawanan bermula.

Ada antara yang datang bersama-sama keluarga sambil membawa tikar bagi mencari sudut yang sesuai untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Dua skrin gergasi disediakan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi memudahkan orang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

The post Gamat di Bukit Jalil, meriah di Johor appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *